Perjanjian Pengebilan Bersepadu di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu
20 December 2019
Satu lagi sejarah tercipta hari ini buat industri air dan pembetungan dengan Pemeteraian Perjanjian Pengebilan Bersepadu di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu.
Melalui perjanjian ditandatangani pihak Indah Water Konsortium Sdn Bhd dan Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd - SATU, bil air dan bil pembentungan lebih 20,000 akaun pengguna di Terengganu akan disekalikan di dalam satu bil.

 
Pemeteraian perjanjian tersebut telah disaksikan oleh Menteri KATS YB Dato’ Dr. Xavier Jayakumar dan YAB Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

 
Pengebilan Bersepadu memudahkan urusan kerana pengguna hanya perlu membayar satu bil sahaja dan perlu menghubungi satu nombor telefon sahaja untuk urusan khidmat pelanggan bagi kedua-dua perkhidmatan berkenaan.

 
Pengebilan Bersepadu telah dijalankan di Wilayah Persekutuan Labuan pada 2016. Pemeteraian perjanjian hari ini menjadikan Terengganu sebagai negeri pertama di semenanjung untuk menggabungkan bil air dan pembetungan.
​​

Attachments